INI KE PERASAAN DAPAT RESULT SPM?
Friday, March 21 | 8:18 AM | 2 comment(s)
Assalamualaikum.Semalam keputusan SPM 2013 dah diumumkan . Walaupun aku dah kat universiti nun jauh kat Sarawak , jantung aku berdebar jugak bila tengok jam dah nak pukul 10 pagi . Tambah berdebar lagi sebab tahu mama dan abah yang pergi amek result aku . Macam-macam ada kat otak masa tu . Tengah orientasi pun tak khusyuk sebab fikir je pasal result . Stress sungguh den
Tepat je pukul 10.01 pagi , aku terus open Messaging pastu send draft yang aku dah buat dari semalam. SPM
Lepas 10 minit barulah 15888 balas mesej aku . Kenapa lambat sangat !!!
RM0.20 SPM:96060701xxxx JA093B063 4A+ 2A 3A- . Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah/JPN. Terima kasih.
Aku terkedu , terkejut dll. Otak aku terus "Eh,betul ke ni?" pastu sebab jakun sangat aku terus copy dan hantar WhatsApp kat mak ayah aku . Dalam otak still " OMG OMG" . Lepastu dah tenang sikit baru aku hantar kat WeChat group kawan2 aku untuk mintak kepastian. Sebab aku takut result sebenar aku bukan macam tu. Bila kawan aku cakap tadi nama aku kena panggil barulah aku mcm "Wow, betul laa . Alhamdulillah" . Serius aku cakap , aku memang tak yakin dengan diri sendiri.
Atau mungkin , gred SPM diturunkan sebab soalan format baru tahun lepas ?
Terima kasih Ya Allah kerana telah membuat mama dan abah gembira. Aku tau ni semua berkat doa mama abah dan cikgu-cikgu sekolah rendah ngan sekolah menengah . Tak mungkin aku boleh dapat 9A sebab aku belajar (pernah belajar ke????) . Minggu SPM minggu yang paling mencabar sebab aku banyak tidur :(
Labels: 9A, keputusan, perasaan, result spm, spm, spm2013
RESULT SPM 2013
Sunday, March 2 | 6:35 PM | 4 comment(s)
Assalamualaikum.Dengar orang cakap pasal result je , hati ni terus kecut . Hilang semua selera nak makan *tipu* . Badan rasa tak bermaya . Walaupun mandi masih terasa basahnya , kepala ni dok asek pikir je apa la result aku nanti , kalau teruk camne . Alamakk
Ikut cakap taiko-taiko dulu takyah pikir pasal result ni tapi tu semua penipuan . Entah-entah diorang tu yang paling cuak masa dapat result dulu . Cover macho cover cun je cakap jangan fikir . Hehehe.
Apa-apa pun masa result keluar nanti mama abah yang akan amek result SPM aku sebab aku dah kat Sarawak. Benda ni lagi la buat aku cemas tahap petala langit ketujuh. Macammana kalau result aku buat mama ngan abah sedih ? Gua tak sanggup nak pikir :( . Orang semua cakap BUDAK MRSM MESTI LA DAPAT STRAIGHT A . Hakikatnya , cara belajar kitorang sama je dengan orang lain. Ada jugak yang malas belajar , ada jugak yang terlebih score . Bukan result semua cemerlang jee. Belajar pulak ada pasang surutnya , ada tajuk yang tak paham , ada yang paham . Bergantung kat orang tu sendiri nak usaha sampai paham ke tak.
SEMOGA SEMUA CALON SPM 2013 MENDAPAT RESULT YANG SETIMPAL DENGAN USAHA MEREKA.
Masih sempat lagi untuk sembahyang hajat dan doa . Mana tahu result kita salah cetak. Tak mustahil.
Labels: 2013, result, spm, spm2013




