HAZIQAHANIS :)
RESULT SPM 2013
Sunday, March 2 | 6:35 PM | 4 comment(s)
Assalamualaikum.

Dengar orang cakap pasal result je , hati ni terus kecut . Hilang semua selera nak makan *tipu* . Badan rasa tak bermaya . Walaupun mandi masih terasa basahnya , kepala ni dok asek pikir je apa la result aku nanti , kalau teruk camne . Alamakk

Ikut cakap taiko-taiko dulu takyah pikir pasal result ni tapi tu semua penipuan . Entah-entah diorang tu yang paling cuak masa dapat result dulu . Cover macho cover cun je cakap jangan fikir . Hehehe.

Apa-apa pun masa result keluar nanti mama abah yang akan amek result SPM aku sebab aku dah kat Sarawak. Benda ni lagi la buat aku cemas tahap petala langit ketujuh. Macammana kalau result aku buat mama ngan abah sedih ? Gua tak sanggup nak pikir :( . Orang semua cakap BUDAK MRSM MESTI LA DAPAT STRAIGHT A . Hakikatnya , cara belajar kitorang sama je dengan orang lain. Ada jugak yang malas belajar , ada jugak yang terlebih score . Bukan result semua cemerlang jee. Belajar pulak ada pasang surutnya , ada tajuk yang tak paham , ada yang paham . Bergantung kat orang tu sendiri nak usaha sampai paham ke tak.

SEMOGA SEMUA CALON SPM 2013 MENDAPAT RESULT YANG SETIMPAL DENGAN USAHA MEREKA.

 Masih sempat lagi untuk sembahyang hajat dan doa . Mana tahu result kita salah cetak. Tak mustahil.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK