HAZIQAHANIS :)
INI KE PERASAAN DAPAT RESULT SPM?
Friday, March 21 | 8:18 AM | 2 comment(s)
Assalamualaikum.

Semalam keputusan SPM 2013 dah diumumkan . Walaupun aku dah kat universiti nun jauh kat Sarawak , jantung aku berdebar jugak bila tengok jam dah nak pukul 10 pagi . Tambah berdebar lagi sebab tahu mama dan abah yang pergi amek result aku . Macam-macam ada kat otak masa tu . Tengah orientasi pun tak khusyuk sebab fikir je pasal result . Stress sungguh den

Tepat je pukul 10.01 pagi , aku terus open Messaging pastu send draft yang aku dah buat dari semalam. SPM96060701xxxxJA093B063 hantar ke 15888 . 1 minit berlalu , kenapa still belum balas ? 2 minittt berlalu , hesh aku ni salah send ke . Cemas sebab orang yang duduk sebelah aku dari MRSM Kota Kinabalu baru hantar dan terus je dapat keputusan dia . Bukan cemas sebab dia dapat mesej tapi cemas sebab dia dapat 9A tapi ada A+ A dan A- . Dalam hati memang dah down habis . Bestnya orang yang dapat straight A ni kan

Lepas 10 minit barulah 15888 balas mesej aku . Kenapa lambat sangat !!!

RM0.20 SPM:96060701xxxx JA093B063 4A+ 2A 3A- . Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah/JPN. Terima kasih.

Aku terkedu , terkejut dll. Otak aku terus "Eh,betul ke ni?" pastu sebab jakun sangat aku terus copy dan hantar WhatsApp kat mak ayah aku . Dalam otak still " OMG OMG" . Lepastu dah tenang sikit baru aku hantar kat WeChat group kawan2 aku untuk mintak kepastian. Sebab aku takut result sebenar aku bukan macam tu. Bila kawan aku cakap tadi nama aku kena panggil barulah aku mcm "Wow, betul laa . Alhamdulillah" . Serius aku cakap , aku memang tak yakin dengan diri sendiri.

Atau mungkin , gred SPM diturunkan sebab soalan format baru tahun lepas ?

Terima kasih Ya Allah kerana telah membuat mama dan abah gembira. Aku tau ni semua berkat doa mama abah dan cikgu-cikgu sekolah rendah ngan sekolah menengah . Tak mungkin aku boleh dapat 9A sebab aku belajar (pernah belajar ke????) . Minggu SPM minggu yang paling mencabar sebab aku banyak tidur :(

Labels: , , , , ,


Older Post | Newer Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK