HAZIQAHANIS :)
Pinjaman Mara dah Bubar ke?
Wednesday, January 20 | 3:35 AM | 1 comment(s)
Assalamualaikum.


Beberapa hari ni tersebar khabar angin dari student-student yang under pinjaman pelajaran Mara (Majlis Amanah Rakyat) . Aku salah seorang student yang dapat pinjaman tu. Someone share dekat whatsapp ; kemungkinan Mara dah tak support yuran pengajian dan hanya bagi elaun sara diri RM700/bulan. I repeat, KEMUNGKINAN sahaja. Tapi.... Oh nooooooooo !! Jadi, setiap sem yuran yang RM13k lebih tu dari mana hamba nak cekau?. Aku lebih rela dia bagi yuran macam sem lepas, kurang daripada jumlah sepatutnya tapi at least kena tambah sikit je daripada kena bayar 100% full macam tu.

Bila bagitahu parents, diorang memanglah terkejut but still tenang sebab ayah boleh mohon EPF which is boleh tahan jugak jumlahnya. Tapi sebagai anak, aku tak sanggup nak menyusahkan diorang *mengeluh*

Kalau ikut perjanjian sebenar, aku ditawarkan 1 tahun Asasi kat Curtin Sarawak, 3 tahun Ijazah Chemical Engineering kat U yang sama (Sekarang aku dah nak masuk tahun ke 2) dan habiskan pengajian tahun akhir dekat Curtin Australia. Aku bukan berharap sangat nak ke oversea tapi abah dan mama teringin nak tengok anak diorang belajar kat luar negara. Aku dalam golongan family sederhana. Duduk pun dekat kawasan kampung je ni haa, parents mana yang tak happy bila anak dia dapat tawaran belajar kat luar negara? Tapi sekarang, huhhhhhhhhhhhhh sedih :(

Aku harap semua tu cuma khabar angin je dan sampai sekarang Mara belum bagi apa-apa statement jadi tak wajarlah nak buat spekulasi semua tu. Perkara terbaik yang boleh dibuat sekarang ; berdoa dan bersedia dengan segala kemungkinan.

p/s: Duit adalah segala-galanya sekarang. Siapa nak bantah? :P

Labels: , , , , ,


Older Post | Newer Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK