HAZIQAHANIS :)
Hi
Wednesday, December 9 | 4:53 AM | 0 comment(s)
Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, rupanya dah setahun tak update blog. Setahun tu jugaklah blog ni di private kan atas sebab memang malas nak update. Hehehe. Sekarang tengah cuti 3 bulan, jadi ni lah masanya nak update banyak-banyak kat blog ni (itu pun kalau rajin..). Tengah fikir macammana nak edit layout blog ni haa nak tukar header tu. Aduii kenapa kanak-kanak ribena sgt buat header mcm tu dulu. Malu den ~~

Apa-apa pun, selama setahun ni mestilah banyak benda yang jadi kan. Ringkasannya:
  • Alhamdulillah, berjaya lepas Foundation Engineering kat Curtin University, Sarawak dan sekarang tengah tunggu result untuk First Year Second Semester Engineering pulak. Result masa foundation tu okaylah boleh diterima dan result masa first semester haritu cuma so-so. Untuk yang paling latest, aku tak berapa nak confident sangat. Kenapa? Sebab aku rasa mcm dapat buat masa exam haritu tapi dalam hati masih ada bisikan syaitan yang cakap "heh, entah entah gagal". Jadi apa yang aku buat? Berserah dan doa banyak-banyak mohon dapat keputusan yang baik (Baik = Lulus :P)..Kuikuikui
  • Semester ni aku boros sangat. Keborosan aku boleh dikatakan sampai kad atm pun menangis sebab kerap sangat keluarkan duit. Masa cuti 3 bulan ni niat kat hati memang nak kerja tambah duit. Tapi malangnya, hajat di hati terpaksa di simpan jelah sebab takde siapa yang nak hantarkan aku pergi tempat kerja (ada lesen kereta tapi tak reti drive sendiri). Kawan-kawan ajak bercuti pergi sabah, pergi langkawi. Aku bukan taknak, tapi duit dah takdelah my friend. Tolong faham :(
  • Banyak konflik berlaku dengan kawan-kawan. Motifnya, cemburu. Ya, cemburu yang positif ke negatif ke taktau lah. Aku cuba bahagikan masa dengan kawan baru dan kawan lama tapi diorang tak nampak semua tu. Kawan yang baru rasa macam aku lebihkan kawan yang lama dan kawan yang lama pulak rasa macam aku lebihkan si kawan baru ni. Last-last, aku tersepit kat tengah-tengah dan buat tak peduli je lantak korang lah. Bolehkah cenggitu? 
OK bye

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK