HAZIQAHANIS :)
Johor Bahru: Kafe Bake n Frost
Sunday, January 24 | 7:34 PM | 1 comment(s)

Assalamualaikum. Entry kali ni panjang sikit.

Semalam lepas seharian dari Melaka ke Batu Pahat dan balik ke JB, my eldest sister dan suami dia bawak kitorang sekeluarga pergi makan dekat Kafe Bake n Frost, first time dengar dan first time pergi. Hehe sebenarnya tujun makan kat situ pun sebab nak sambut birthday mama 24 Januari ni.

Kafe ni dia kat tingkat 2 dan terletak kat tempat yang sesak so agak susah jugak la nak mencari parking sebab penuh je semua. Tapi akhirnya bernasib baik dan dapat la parking kat area kedai tu. Lupa nak tangkap gambar kedai tu but apa yang aku boleh cakap, kedai tu bersih, cantik dan kemas dan lighting pun sesuai je kalau nak dapat gambar yang cantik hahaha.

Firstly, ni menu dia. Sorry lah gambar tak berapa nak cantik sbb kena pantulan cahaya tu pulak. Amek gambar ni pun curi-curi je giteww sebab taknak nampak jakun sangat. Kafe ni serve makanan ala-ala western. Takde nasi-nasi goreng mee goreng ye jadi jangan nak order bukan-bukan.


Ni pemandangan dari meja kitorang

 

Ice Lemon Tea
Nutella Milkshake (sebenarnya tak ingat nama)


Honey Lemon
Salted caramel milkshake


Creamy Meatball


Lamb Chop
Chicken Grill a.k.a Chicken Chop





Selain western food, kafe ni special dia ada homemade kek. Tapi untuk yang nak celebrate birthday, kena book awal-awal dulu kek yang korang nak. Kitorang yang main terjah je kedai ni so tak dapat lah nak kek yang sebiji tu sebab tak booking. Kek nya boleh tahan sedap dan red velvet tu sangat sedap okehh sebab tak terlalu manis. Sesuai lah untuk orang yang nak sihat. Ceh..

Ni first time aku order lamb chop sebab aku taktau pulak chicken grill tu chicken chop. Ish sedih betul macam katak bawah tempurung. Kantoilah aku orang kampung macam ni (>.<). For me, lamb chop tu okay je boleh dimakan cuma aku taktau lah memang lamb chop selalu ada lemak ke tak. First time order kan, mana tahu rasa dia kena macammana. Tapi boleh la telan. Recommended untuk food hunter.

Pricing dia pun reasonable rasanya untuk kafe-kafe yang jenis macam ni. Disebabkan orang belanja, aku taktau lah mahal ke tak. Maaf~~

Untuk maklumat lanjut, boleh la check sendiri insta owner dia:

 Alamat kedai: 131-01 Jalan Adda 3/1 Taman Adda Heights, Johor Bahru.
(tak jauh sangat dari austin height water park tu)
Instagram: @lis_mohamad
Whatsapp: +6017-7553191

Rating: 4/5 ! (macam hebat je review makanan)

Labels: , , , , , , , , ,


Older Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK