Johor Bahru: Kafe Bake n Frost
Sunday, January 24 | 7:34 PM | 1 comment(s)
Assalamualaikum. Entry kali ni panjang sikit.
Semalam lepas seharian dari Melaka ke Batu Pahat dan balik ke JB, my eldest sister dan suami dia bawak kitorang sekeluarga pergi makan dekat Kafe Bake n Frost, first time dengar dan first time pergi. Hehe sebenarnya tujun makan kat situ pun sebab nak sambut birthday mama 24 Januari ni.
Kafe ni dia kat tingkat 2 dan terletak kat tempat yang sesak so agak susah jugak la nak mencari parking sebab penuh je semua. Tapi akhirnya bernasib baik dan dapat la parking kat area kedai tu. Lupa nak tangkap gambar kedai tu but apa yang aku boleh cakap, kedai tu bersih, cantik dan kemas dan lighting pun sesuai je kalau nak dapat gambar yang cantik hahaha.
Firstly, ni menu dia. Sorry lah gambar tak berapa nak cantik sbb kena pantulan cahaya tu pulak. Amek gambar ni pun curi-curi je giteww sebab taknak nampak jakun sangat. Kafe ni serve makanan ala-ala western. Takde nasi-nasi goreng mee goreng ye jadi jangan nak order bukan-bukan.
| Ni pemandangan dari meja kitorang |
| Ice Lemon Tea |
| Nutella Milkshake (sebenarnya tak ingat nama) |
| Honey Lemon |
| Salted caramel milkshake |
| Creamy Meatball |
| Lamb Chop |
| Chicken Grill a.k.a Chicken Chop |
Selain western food, kafe ni special dia ada homemade kek. Tapi untuk yang nak celebrate birthday, kena book awal-awal dulu kek yang korang nak. Kitorang yang main terjah je kedai ni so tak dapat lah nak kek yang sebiji tu sebab tak booking. Kek nya boleh tahan sedap dan red velvet tu sangat sedap okehh sebab tak terlalu manis. Sesuai lah untuk orang yang nak sihat. Ceh..
Ni first time aku order lamb chop sebab aku taktau pulak chicken grill tu chicken chop. Ish sedih betul macam katak bawah tempurung. Kantoilah aku orang kampung macam ni (>.<). For me, lamb chop tu okay je boleh dimakan cuma aku taktau lah memang lamb chop selalu ada lemak ke tak. First time order kan, mana tahu rasa dia kena macammana. Tapi boleh la telan. Recommended untuk food hunter.
Pricing dia pun reasonable rasanya untuk kafe-kafe yang jenis macam ni. Disebabkan orang belanja, aku taktau lah mahal ke tak. Maaf~~
Untuk maklumat lanjut, boleh la check sendiri insta owner dia:
Alamat kedai: 131-01 Jalan Adda 3/1 Taman Adda Heights, Johor Bahru.
(tak jauh sangat dari austin height water park tu)
Instagram: @lis_mohamad
Whatsapp: +6017-7553191
Rating: 4/5 ! (macam hebat je review makanan)
Labels: 2016, adda heights, austin heights, bake n frost, food hunter, jb, johor, johor bahru, makanan sedap johor, western food jb
Pinjaman Mara dah Bubar ke?
Wednesday, January 20 | 3:35 AM | 1 comment(s)
Assalamualaikum.Beberapa hari ni tersebar khabar angin dari student-student yang under pinjaman pelajaran Mara (Majlis Amanah Rakyat) . Aku salah seorang student yang dapat pinjaman tu. Someone share dekat whatsapp ; kemungkinan Mara dah tak support yuran pengajian dan hanya bagi elaun sara diri RM700/bulan. I repeat, KEMUNGKINAN sahaja. Tapi.... Oh nooooooooo !! Jadi, setiap sem yuran yang RM13k lebih tu dari mana hamba nak cekau?. Aku lebih rela dia bagi yuran macam sem lepas, kurang daripada jumlah sepatutnya tapi at least kena tambah sikit je daripada kena bayar 100% full macam tu.
Bila bagitahu parents, diorang memanglah terkejut but still tenang sebab ayah boleh mohon EPF which is boleh tahan jugak jumlahnya. Tapi sebagai anak, aku tak sanggup nak menyusahkan diorang *mengeluh*.
Kalau ikut perjanjian sebenar, aku ditawarkan 1 tahun Asasi kat Curtin Sarawak, 3 tahun Ijazah Chemical Engineering kat U yang sama (Sekarang aku dah nak masuk tahun ke 2) dan habiskan pengajian tahun akhir dekat Curtin Australia. Aku bukan berharap sangat nak ke oversea tapi abah dan mama teringin nak tengok anak diorang belajar kat luar negara. Aku dalam golongan family sederhana. Duduk pun dekat kawasan kampung je ni haa, parents mana yang tak happy bila anak dia dapat tawaran belajar kat luar negara? Tapi sekarang, huhhhhhhhhhhhhh sedih :(
Aku harap semua tu cuma khabar angin je dan sampai sekarang Mara belum bagi apa-apa statement jadi tak wajarlah nak buat spekulasi semua tu. Perkara terbaik yang boleh dibuat sekarang ; berdoa dan bersedia dengan segala kemungkinan.
p/s: Duit adalah segala-galanya sekarang. Siapa nak bantah? :P
Labels: 2016, Curtin Sarawak, haziqahanis, malaysia, MARA, pinjaman mara





