HAZIQAHANIS :)
Membuang masa tanpa batasan
Thursday, December 12 | 6:46 PM | 0 comment(s)
Assalamualaikum.

Makin lama makin malas nak update padahal dulu kemain nak active balik blogging. Kat rumah bukan ada kerja pun tapi kemalasan melebihi segala galanya cewahh . Sejak-sejak dah resign jadi cashier kat kedai ayah aku *promote sikit* Rawaida Tomyam tu hmmmmmm hilang alasan aku nak bangun lambat esok paginya . Hehehe anak dara zaman moden biasa laaaaaa tapi aku bukan tak bangun subuh okay. Mak aku kejutkan lagi tau then kalau aku taknak bangun mak aku seret je aku gi toilet kekeke takdelah sampai macam tu sekali sebenarnya.

Sekarang ni aku dah tak active sangat twitter ngan facebook tu sebab aku macam takde perasaan nak bersosial. Lepas  ni mungkin aku nak deactivate twitter. Facebook tu macam still perlu lagi kadang kadang so biar je lah. Aku ni bukan rajin sangat nak tegur tegur orang , bukan aku sombong cuma aku tak reti la nak start conversation. Senang cakap, aku bukan kawan yang setia sangat sebenarnya *tetibe. Aku pernah bagitau Ajen dulu , benda yang aku paling malas nak buat bila masuk kat U ngan PLKN nanti , berkenalan ngan kawan baru . Dulu masa zaman budak budak bolehlah , tapi sekarang.............................................. Dan aku reda je kalau nanti aku takde kawan.

Okay sebenarnya nak cerita pasal pergi Legoland Malaysia haritu . Mula mula aku nak beli tiket online je. Aku pergi cuma bertiga. Aku , akak aku yang kedua ngan adik aku. Bila check check , harga tiket untuk tiga orang tu RM420 kot kalau tak silap aku masa hari aku nak pergi tu. Aku pun apa lagi , tak jadi beli online . Aku lebih rela beratur panjang panjang untuk dapatkan tiket MyKad Promotion , untuk adult RM 120 sorang yang dah campur kupon makanan RM 10. Murah kan nak banding ngan online? Tapi minggu ni harga tiket kalau beli online murah . Tu yang aku menyirap tu . Erghhhhh harganya untuk tiga orang RM 336 minggu ni. Grrrrr

Project X. Ni roller coaster first kitorang naik. Ni best . Thumbs up!

Miniland ; KLCC ngan Cinowt . At last dapat gak aku tengok KLCC depan depan. Wkwkwk


Memula ingatkan nak lepak ngan Cinowt tapi dah aku datang lambat , Cinowt lepak ngan sepupu sepupu dia dulu and then jumpa masa makan tengah hari je :( . Sumpah cakap , menyesal keluar dengan adik beradik aku ni membosankan sungguh . Nak je aku call akak sulung aku masa tu bawak diorang tu balik . Dahtu , ajak main tu taknak ni taknak . Baik takyah masuk , membazir sungguh gua cakap lu. Mulut aku apa lagi pot pet pot pet la marah diorang.

p/s: Budak kecik yang tak takut roller coaster dialu alukan gi Legoland. Enjoy! ~



Older Post | Newer Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK