HAZIQAHANIS :)
How to start ?
Monday, December 2 | 7:28 PM | 0 comment(s)
Assalamualaikum .

Hiraukan tajuk post ni . Saje je acah acah speaking omputeh . Cuti aku panjaaaaaaaaangg lagi sebelum berangkat ke kem plkn -..- tapi aku masih taktau apa aku nak isi dengan masa cuti ni  . Hmm sebenarnya banyak benda yang aku terfikir nak buat tapi malasnya Ya Allah . Nak start tu malas betul . 

Firstly, aku terpikir nak belajar memasak. Yelakan , tahun depan masuk U , takkan hari hari nak gi kafe. Maunye bankrupt aku kalau tetiap hari pergi makan kat luar. So, untuk kurangkan kos sara hidup aku kat U dan untuk membuktikan yang aku ni anak mithali & taknak kopakkan duit mak bapak, aku kenalah pandai memasak. Kalau pandai masak, ramai laki nak . Cepat jodoh aku sampai nanti. Hehehe . Nampak tak betapa jauhnya pemikiran aku? Orang macam ni la yang kerajaan nak. Berfikiran jauh. Hikhik

Kedua, menjahit. Dah lama dah sebenarnya aku nak belajar menjahit ni. Ada satu hari tu, aku pernah cerita dekat kakak yang aku panggil Ngah ni pasal 'keinginan' aku nak belajar jahit jahit . Sekali dia belikan aku buku manual menjahit daaaa. Aku punyalah pikir dia nak ajarkan aku. Cis kurang asam keping betul. Pastu entah mana entah aku campak buku tu. Sekarang rasa nyesal lak letak sepah sepah.

Dah kot. Penat pulak tanganku ini. Sekali lagi , terima kasih sebab buang masa baca post ni muah ! xoxo

p/s: Belajar memandu memang tak masuk list, benda tu menakutkan~ 


Older Post | Newer Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK