HAZIQAHANIS :)
Mempunyai Sahabat Artis: Yes or No?
Friday, January 8 | 3:07 AM | 0 comment(s)
Assalamualaikum...

Untuk topik harini, dengar macam pelik kan? Tapi itu yang tengah berlegar-legar kat minda aku sekarang ni. Aku ada sorang kawan ni, aku namakan dia A (nama sebenar :P), aku baru kenal dia dalam 5 6 bulan yang lepas tapi aku dengan dia memang rapat sangat macam belangkas. Ceh

Baru-baru ni, dia sign kontrak dengan syarikat M sebagai artis baru under syarikat tu untuk masa 5 tahun. I am happy for him sebab niat dia baik, dia nak tolong family dia. Curtin kan universiti swasta so the fees boleh kira mcm tinggi jugak lah around 13k dan ayah dia pulak baru je pencen (mak surirumah). Dia harap bila dia jadi talent baru ni, dia akan dapat bayar sendiri yuran dan keperluan dia. Aku support dia tapi dalam masa yang sama, aku takut dia lalai dengan pelajaran dia.

Bukan itu je, yang paling aku takutkan, dia akan berubah. Yes, itu yang paling menakutkan sekali. Tapi aku harap dia sentiasa dapat job walaupun tak terkenal. Aku nak tengok dia berjaya dengan kerjaya dan pelajaran dia. The main point is: Boleh ke dia concentrate dia punya studies bila dia jadi artis macam ni?

Ni kali pertama aku ada kawan macam ni. Yelah, aku ni orang kampung je bukan dari bandar dan kawan sosial pun berapa kerat je. Kadang-kadang rasa annoying jugak bila tengok dia ni asek post gambar je kat ig promote drama and promote diri sendiri tapi dah tu yang dia kena buat, as a friend, kena tahan jelah (mengeluh panjangggggggg.....)

p/s: Cinta itu buta. Semoga hati tidak mudah berubah.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
THE OWNER


TINGGALKAN JEJAK